Sunday, January 9, 2011
Tenggiri Masak Kicap Ala Thai
Resepi ini saya cuba buat sendir setelah balik dari jalan2 ke Hatyai ari tu..
1. Dua keping isi tenggiri (dibersihkan, digaramkunyitkan dan digoreng hingga
kekuningan dan tidak terlalu garing)
2. 1 biji Bawang besar dihiris bulat
3. Sayur Kucai (anggaran 10 helai) di potong2 agak 2 inci
4. 1 inci halia di mayang..untuk tumisan
5. 2 Ulas bawang merah dimayang
6. 2 Ulas bawang putih dimayang
7. 1 sudu teh Nam Pla (sos ikan)
8. 1 sudu besar sos tiram
9. I sudu teh kicap manis
10. 1 cawan Minyak masak
11. 1 biji Limau Nipis (perah untuk 1 sudu teh)
12. 1/2 sudu teh gula
13. 1 biji cili besar (merah) dihiris untuk hiasan
14. 1/2 cawan air
Cara-caranya
A.
1. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan-bahan sos nam pla, kicap, sos tiram dan kacau sebati
3. Masukkan air dan kacau
4. Masukkan perahan limau, gula dan biarkan didih
5. Taburkan hirisan bawang kacau dan tutup api supaya bawang tidak layu
B.
Letakkan ikan yang telh digoreng dalam bekas untuk hidangan
Taburkan hirisan kucai dan cili merah di atas ikan
Tuangkan tumisan sos ke atas ikan dan hidang
( sesuai untuk 4 orang makan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment