Tuesday, May 5, 2009

Mee Kering Mixball Sup


Gambaran macam gambar ni la lebih kurang

Resepi ni simple sangat, my little girl yang selalu tak nak makan pun boleh makan hampir satu mangkuk..

inggredient dia pun simple

1 packet mee kering yang macam mee maggi tapi tak der perencah tu..
rebus dulu agak lembut dan tos. (dengan cara ini wax pun dinyahkan)

500 gm mixball.. (campur semua jenis ball yang ada; meat, fish, chicken, prawn, crab and so on)potong-potong la sikit.. kalau biar besar sebiji tu susah bebudak nak makan

Lada Hitam, Bawang Putih dan sedikit halia ditumbuk (blend pun boleh) halus, tumis dalam minyak yang sedikit.. agak garing kekuningan masukkan 2 sudu sos tiram, sedikit plum sos dan kiub ikan bilis. lepas tu masukkan 2 liter air biar sehingga mendidih. Masukkan semua potongan mixball tadi kacau sehingga masak. eh eh lupa...masukkan garam secukup rasa.

Hidangkan macam kita makan mee kuah lain laa..tabur hirisan daun sup dan bawang goreng

Kalau emak-emak yang nak macan, nak pedas sikit boleh sediakan cili api potong bersama kicap dan cuka..sedap..

Kalau nak sedap lagi..allaaa.. tuan-tuan dan puan-puan tambah ajerr apa-apa yang boleh menyelerakan..saya syorkan mee kering ni sebab bebudak tak suka mee basah biasa..tengok pun macam mee segerakan..

No comments:

Post a Comment